

Gong Xi Simpan, Kongsi Ong!
Hari - Hari Mesti Mau Simpan Tau!
TAWARAN HADIAH MENARIK
MENANTI ANDA!
Pertama
TV PINTAR 4K 50”
1 Pemenang x 14 Negeri


Kedua
PERIUK TEKANAN TINGGI
1 Pemenang x 14 Negeri


Ketiga
BASIKAL LIPAT
1 Pemenang x 14 Negeri


Saguhati
ANG POW RM388
5 Pemenang x 14 Negeri


TERMA & SYARAT
Terbuka kepada pendeposit Simpan SSPN
Pendeposit perlu membuka akaun atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen
Penentuan kelayakan cabutan mengikut negeri adalah berdasarkan alamat surat-menyurat pada akaun yang terakhir dibuka oleh pendeposit
Bilangan cabutan adalah berdasarkan kepada setiap simpanan bersih bernilai RM50 bersamaan dengan satu (1) cabutan. Tiada had bilangan cabutan
Pendeposit perlu
memastikan akaun kekal
aktif (akaun tidak ditutup)
dan tidak boleh membuat
pengeluaran sepanjang tempoh
pengekalan bermula
16 Februari hingga 31 Mac 2022
KEISTIMEWAAN


Dividen kompetitf











Pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000*











Perlindungan takaful percuma bagi pendeposit (Simpanan RM1,000 dan ke atas)











Manfaat kematian/ ilat kekal Ringgit ke Ringgit











Simpanan dijamin Kerajaan


























Dividen kompetitf











Pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000*











Manfaat takaful bagi 45 penyakit kritikal sehingga RM250,000*











Manfaat kematian/ ilat kekal hingga RM1.2 juta*











Simpanan dijamin Kerajaan
SOALAN LAZIM
Kempen ‘Gong Xi Ang Pow 2022’ merupakan salah satu kempen simbolik yang diadakan bagi meraikan kemeriahan Tahun Baru Cina agar kasih sayang sama-sama dirasai oleh masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. “Gong Xi Simpan, Kongsi Ong! Hari- Hari Mesti Mau Simpan Tau” adalah tagline bagi tahun 2022 yang mana ianya sinonim dengan ucapan Gong Xi Fa Cai (Semoga kebahagian dan kekayaan bersamamu). Kempen ini dianjurkan di Peringkat Negeri dan menawarkan hadiah keseluruhan hampir RM100,000.00 untuk dimenangi.
Tempoh kempen ini bermula pada 15 Januari 2022 hingga 15 Februari 2022.
Semua pendeposit Simpan SSPN (Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus) yang membuat pembukaan dan penambahan akaun dalam tempoh kempen, tertakluk kepada terma dan syarat penyertaan.
i. Terbuka kepada pendeposit Simpan SSPN;
ii. Kempen ini TIDAK LAYAK disertai oleh kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak);
iii. Pendeposit perlu membuka akaun atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen;
iv. Penentuan kelayakan cabutan mengikut negeri adalah berdasarkan alamat surat-menyurat pada akaun yang terakhir dibuka oleh pendeposit;
v. Pendeposit perlu memastikan akaun kekal aktif (akaun tidak ditutup) sehingga 31 Mac 2022.
Pendeposit perlu memastikan simpanan bersih* minimum RM50 untuk melayakkan pendeposit menyertai kempen ini.
*Simpanan bersih adalah wang yang disimpan di dalam tempoh kempen ditolak dengan wang yang dikeluarkan dalam tempoh yang sama.
Bilangan cabutan adalah berdasarkan kepada setiap simpanan bersih bernilai RM50 bersamaan dengan satu (1) cabutan. Tiada had bilangan cabutan.
Tidak. Pendeposit tidak dibenarkan membuat pengeluaran sepanjang tempoh pengekalan bermula 16 Februari sehingga 31 Mac 2022 daripada mana-mana akaun yang didepositkan dan perlu memastikan akaun kekal aktif (akaun tidak ditutup) dalam tempoh kempen.
Penentuan kelayakan cabutan di peringkat negeri adalah berdasarkan alamat surat-menyurat pada akaun yang terakhir dibuka oleh pendeposit.
Hadiah | Bilangan Hadiah |
---|---|
Pertama : TV Pintar 4K 50’’ | 1 Pemenang X 14 Negeri |
Kedua : Periuk Tekanan Tinggi | 1 Pemenang X 14 Negeri |
Ketiga : Basikal Lipat | 1 Pemenang X 14 Negeri |
Saguhati : Ang Pow bernilai RM388 | 5 Pemenang X 14 Negeri |
Pemenang akan dimaklumkan melalui surat/ emel/ panggilan telefon atau kaedah penyampaian lain yang bersesuaian. Nama-nama pemenang juga akan dipaparkan di laman portal rasmi PTPTN: www.ptptn.gov.my
Tuntutan hadiah yang dimenangi boleh dituntut di Pejabat PTPTN Negeri yang berkaitan.
Hadiah tunai yang dimenangi akan dikreditkan ke dalam akaun Simpan SSPN Prime dalam tempoh DUA (2) BULAN dari tarikh cabutan.
Hadiah berbentuk ganjaran tunai yang dimenangi oleh pendeposit adalah TIDAK LAYAK untuk diambil kira sebagai sebahagian daripada potongan cukai. Potongan yang dituntut adalah terhad kepada amaun tabungan bersih (jumlah caruman pendeposit) di dalam Simpan SSPN yang dilakukan oleh seseorang individu yang terhad kepada RM8,000 di dalam sesuatu tahun sahaja.
Pendeposit boleh menyemak penyata simpanan di Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my) atau menghubungi talian Careline 03-2193 3000 untuk info lanjut.