
Pengenalan
Simpan SSPN Prime
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) telah mula diperkenalkan pada tahun 2004. Produk simpanan jangka panjang ini bertujuan untuk memupuk sifat menabung dikalangan ibu bapa bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak ketika mereka masih kecil lagi disamping menawarkan pelbagai manfaat istimewa seperti pemberian dividen setiap tahun, pelepasan taksiran cukai pendapatan, pemberian geran sepadan sehingga RM10,000, perlindungan takaful percuma serta khairat kematian.
Kini, selepas hampir 17 tahun berada di pasaran, SSPN-i telah mendapat tempat dihati rakyat Malaysia yang mula menyedari tentang kepentingan penabungan untuk anak-anak mereka. Selaras dengan pelancaran produk simpanan baharu, SSPN-i telah dijenamakan kepada Simpan SSPN Prime yang masih mengekalkan pelbagai manfaat dan keistimewaan yang ditawarkan sebelum ini.
Jumlah Pembukaan Akaun Simpan SSPN Prime
Jumlah pembukaan akaun Simpan SSPN Prime dari 2004 sehingga Julai 2021 adalah sebanyak 4,346,433.
Jumlah geran sepadan RM10,000 yang telah dikemaskini pada penyata dari 2005 sehingga Julai 2021 bagi akaun Simpan SSPN Prime adalah sebanyak 2,072

15
Saluran Simpanan

2,072
Geran Sepadan

4,346,433
Pembukaan Akaun
KEISTIMEWAAN

PATUH
Syariah
SIMPANAN
Dijamin Kerajaan

PELEPASAN
TAKSIRAN CUKAI
Sehingga RM 8,000
PERLINDUNGAN TAKAFUL
Percuma ke atas pendeposit yang
mempunyai simpanan RM1,000
dan ke atas

LAYAK MEMOHON
Pinjaman PTPTN

GERAN SEPADAN Sehingga RM10,000 untuk keluarga yang layak
DIVIDEN
Kompetitf
SYARAT-SYARAT

Warganegara Malaysia

Pendeposit berumur 18 tahun ke atas

Penerima manfaat berumur 1 hari sehingga sebelum 29 tahun

Penerima manfaat terdiri daripada diri sendiri/ anak/ anak jagaan yang sah sahaja
LANGKAH PEMBUKAAN AKAUN

Layari Portal Rasmi Simpan SSPN

Klik pada ‘Pembukaan Akaun’ dan isi maklumat serta butiran peribadi

Buat bayaran dan cetak resit pembayaran

Semak penyata dengan mendaftar kali pertama di portal selepas 24 jam pembukaan akaun secara online
*Tertakluk terma dan syarat

E-BOOK PERCUMA
Bagaimana Cara Mendapatkan Pelepasan Cukai dengan Simpan SSPN?